pengantin bersama keluarga pihak lelaki
ni hantaran laki utk pompuan
Siapakah orang yang sibuk?
-Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
-Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
-Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
-Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
-Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....
Siapakah orang yang paling cantik?
-Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakarang yang mempunyai rumah yang paling luas?
-Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
-Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?
-Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan di dalam salah satu hadithnya bahawa terdapat dari kalangan umatnya yang berpuasa pada siangnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya mendapat lapar sahaja. Baginda s.a.w. juga menyatakan ada dari kalangan umatnya yang qiyam Ramadhan pada malamnya tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali berjaga sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapat pahala puasanya kecuali lapar sahaja, dan berapa banyak orang yang qiyam (tarawih dan witir) yang tidak mendapat pahala qiyamnya kecuali hanya berjaga sahaja."
( H.R. Al-Nasaai, Ibn Majah, Al-Hakim ; Katanya : Sahih dengan syarat Bukhari )
Untuk dipertandingkan setiap tahun? Untuk dibaca sebagai halwa telinga pada majlis-majlis tertentu? Untuk dipelajari hanya sekadar maklumat semata-mata? Untuk apa sebenarnya al-Quran itu diturunkan? Di sinilah pemahaman yang benar terhadap al-Quran perlu ada di dalam pemikiran setiap dari kita umat Islam hari ini - tidak kiralah samada rakyat biasa mahupun para pemimpin. Setiap dari kita mempunyai kewajiban terhadap al-Quran. Kita wajib mempelajarinya, memahaminya dan melaksanakan isi kandungannya.
Sebagai seorang Muslim kita perlu menyedari bahawa al-Quran yang ada di dalam dada-dada kita, yang tersimpan di rumah-rumah kita dan yang tersusun rapi di masjid-masjid perumahan dan kampung-kampung adalah merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk kepada manusia. ¿Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ¿ [TMQ Al Baqarah (2) :185]. Persoalannya kini ialah - apakah kita hari ini, samada pihak individu, masyarakat mahupun negara telah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk mengatur kehidupan kita pada hari ini? Dalam konteks individu, mungkin masih ramai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka walaupun ramai juga yang telah tersasar kehidupan mereka dari petunjuk al-Quran. Namun ini jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat dan negara! Faktanya kita dapat melihat bagaimana di kalangan para pemimpin negara yang berkuasa hari ini, mereka tidak lupa menganjurkan pertandingan tilawah setiap tahun, tetapi malangnya mereka lupa dan tidak berusaha malahan sering memberikan alasan yang pelbagai untuk tidak menerapkan isi kandungan ajaran al-Quran yang menjadi kewajiban atas bahu-bahu mereka. Apakah ini sebahagian dari golongan yang diadukan oleh Rasulullah SAW kepada Allah SWT seperti mana yang difirmankan olehNya di dalam al-Quran?
¿ Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ Al Furqaan (25) : 30]. Untuk itu wahai para penguasa umat Islam! Apakah kamu hanya berbangga menjadi penganjur dan pemenang pertandingan tilawah al-Quran, tetapi kamu langsung tidak berusaha untuk menerapkan al-Quran di dalam kehidupan bernegara pada hari ini sedangkan inilah yang diwajibkan bagi kamu? Ingatlah firman Allah SWT ¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. [TMQ Al Maa-idah (5) : 44].¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [TMQ Al Maa-idah (5) : 45]. ¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [TMQ Al Maa-idah (5) : 47].
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".
Berdoa semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, tahajud dan sebagainya dengan sempurna dan diterima oleh Allah..
Mak Ayah,
sayang kamu berdua..
akan ku balas segala jasamu..
doa kan lah kejayaanku nanti..
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.
Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya :
"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah sakit ni…bukan sakit hati tau..tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil..entah apalah penyakit aku ni…
aku tak fahamlah apa yang dia cakap…tapi apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak aku
kot…semasa waktu pulang dari sekolah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di koridor tu…
tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..
hmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…
Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..
setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..
aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini..aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu "
Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa,yang hidup akan pergi jua. Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya.
Apabila dirimu dibelenggu masalah,
sdgkan tiada sesiapa pun mahu mengambil kisah..
ingatlah pd DIA yg xpernah jemu mndengar rintihan
jiwamu…Apabila hatimu terluka dan kesakitan itu
menumbangkan kudratmu, jgnlah engkau brputus asa
krn DIA sdg memperhatikn dirimu…Apabila jalan di
hdapanmu digelapi mendung, sdgkan tiada sesiapa di
sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus yg
dinaungiNYA…Apabila parut lukamu dicederakn lagi,
hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa DIA
setia brsama orang2 yg bersabar…
"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya
namanya jika miskin budi bahasa"
"Segagah mana pun diri
bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan"
"Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu
jika buruk tingkahlaku"
"Setinggi mana pun darjatnya
bukanlah mulia jika tiada iman didada"
"Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal
dan digunakan"
"Sealim mana pun warak bukanlah namanya
ulama' jika takbur dan riak"
jika kita mencari ilmu krn semangat,
apabila semangat itu hilang maka,
ilmu itu jg akn hilang bersama semangat yg hilang,
jika kite mencari ilmu krn manusia,
apbl manusia itu mati ilmu itu jg akan mati bersama sama manusia yg mati,
tp apabla kita mencari ilmu krn Allah ilmu itu akn kekal krn Allah
kekal selama2nye...
doakan kejayaan bersama dlm mencari ilmu..
biarlah ia kekal dlm dr kita n dpt curashkn kpd generasi akn dtg....
Copyright 2009 - Story of My Life
Blogspot Theme designed by: Ray Creations, Ray Hosting.