Pada 10 September 2011 menjadi detik-detik yang amat berharga untuk diriku apabila dihantar semula ke universiti terkemuka di Malaysia ini. Hanya kerana dapat menyambung kembali pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Siapa sangka dengan berbekalkan CGPA yang tidak sampai 3 pointer bole membenarkanku menyambung. Alhamdulillah ku bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. Inilah yang dinamakan rezekiku. Mungkin kerana tidak ramai yang sambung, sebab itu saya dapat sambung. Alhamdulillah.