Pukul 8.32pg, kami tiba di Intekma Resort, Shah Alam.. Singgah sebentar untuk menghantar emak dan jiran untuk aktiviti mereka.. Mereka menghadiri kursus membuat bun yang dianjurkan oleh Anis dan dikendalikan oleh Chef Faizal Ng.. Mak kate, chef ni ada bakeri bun kat Ipoh..
Dah tinggalkan mak untuk sementara, kami meneruskan perjalanan kami.. Kami bersarapan di restoran D'hati di antara Shah Alam dan Klang.. Kira2 pukul 9.30pg, kami pun dah selesai bersarapan dan sambung kembali perjalanan.. Kali ini kami ke Jusco Bukit Tinggi, Klang.. Kami tunggu selama 30 minit sebelum tirai Jusco dibuka padda 10pg.. Bile tirai dibuka, kami dengan lajunya menuju masuk ke dalam.. Suasana agak sunyi pada ketika itu.. Yelah, masih awal lagi.. Orang tak ramai lagikan.. 2 yang sunyi..
0 comments:
Post a Comment