Pada 25 April 2011 yang lalu, saya telah menamatkan peperiksaan akhir untuk peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Awam. Insyaallah!! Saya harapkan inilah diploma pertama dan terakhir saya. Bukan apa, kalau boleh, saya nak berkonvo tepat pada masanya. Saya taknak lambat-lambat. Setiap peperiksaan yang saya hadapi memang agak sukar jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Maklumlah, subjeknya juga berbeza. Memandangkan masa yang begitu singkat untuk menjawab 7 peperiksaan dalam masa beberapa hari. Mungkin bagi orang lain ia adalah satu perkara yang biasa. Tapi bagi saya, ia sangat menyukarkan untuk saya mengulangkaji pelajaran. Saya sampai jadi buntu kerana tak tahu nak mula yang mana. Memang otak saya ketika itu kosong sangat sebab memikirkan peperiksaan yang bakal tiba. Tetapi alhamdulillah walaupun kosong saya tidak ke tahap tertekan.
Di bawah ini adalah jadual peperiksaan saya:
PAD380: Current Affairs in South East Asia - 20/4 (9pg)
PAD365: Industrial Relations - 23/4 (9pg)
LAW379: Business Law - 24/4 (9pg)
PAD330: Social Behavior in Organizations - 24/4 (2.15ptg)
PAD390: Development Administration - 25/4 (9pg)
PAD370: Public Financial Administration - 25/4 (2.15ptg)
Berkemungkinan 25 Mei ni keputusan peperiksaan akan diumumkan. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Saya berharap sangat semoga peperiksaan kali ini saya dapat keputusan yang memuaskan. Saya sentiasa panjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Amin. Insyaallah!!!

0 comments:
Post a Comment