Story of My Life

"SinaRan yAng CerDIk keIndAhaN aGamA"

Seindah Kata

"Whatever happen to ur day, just relax & manage to make a smile... Life is not a problem to be solved but a gift to be enjoyed... Make everyday ur best day... smile always...."

Pada 25 April 2011 yang lalu, saya telah menamatkan peperiksaan akhir untuk peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Awam. Insyaallah!! Saya harapkan inilah diploma pertama dan terakhir saya. Bukan apa, kalau boleh, saya nak berkonvo tepat pada masanya. Saya taknak lambat-lambat. Setiap peperiksaan yang saya hadapi memang agak sukar jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Maklumlah, subjeknya juga berbeza. Memandangkan masa yang begitu singkat untuk menjawab 7 peperiksaan dalam masa beberapa hari. Mungkin bagi orang lain ia adalah satu perkara yang biasa. Tapi bagi saya, ia sangat menyukarkan untuk saya mengulangkaji pelajaran. Saya sampai jadi buntu kerana tak tahu nak mula yang mana. Memang otak saya ketika itu kosong sangat sebab memikirkan peperiksaan yang bakal tiba. Tetapi alhamdulillah walaupun kosong saya tidak ke tahap tertekan.

Di bawah ini adalah jadual peperiksaan saya:

PAD380: Current Affairs in South East Asia - 20/4 (9pg)
PAD365: Industrial Relations - 23/4 (9pg)
LAW379: Business Law - 24/4 (9pg)
PAD330: Social Behavior in Organizations - 24/4 (2.15ptg)
PAD390: Development Administration - 25/4 (9pg)
PAD370: Public Financial Administration - 25/4 (2.15ptg)

Berkemungkinan 25 Mei ni keputusan peperiksaan akan diumumkan. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Saya berharap sangat semoga peperiksaan kali ini saya dapat keputusan yang memuaskan. Saya sentiasa panjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Amin. Insyaallah!!!

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..

Wah.. Cuti juga akhirnya.. Memang dinanti2 kn cuti ini.. Sebab ni je satu2 nye cuti yg ade.. Lps ni mane ade cuti dh. Kalo ade pun cuti hujung sem nnt la. Uish, lame sgt nk tggu tuh. Nasib baik ade cuti ni. Kalo x, x balik umah la weh. Cuti kali ni berkemungkinan x gi mana2 kot. Sebabnya nenek belah ayah ada kat umah. Jadi, kene jaga nenek la jawabnya. Huhuhu. Nak wat camne, nenek yang nak tinggal ngan ayah, kene la layan elok2 kn. Nenek ni memang susah nak gi umah orang. Bile die dah kate nak ikut, jadi baik bawa je. Jgn byk cakap. Lagipun, ayah ade keje. X jd masalah la nenek ade kat umah pun. Lagi satu, saya ni banyak keje kene wat masa cuti ni sebenarnya. Maklumlah, student kan. Memang tak lepas dari assignment la kan. Lagi2 sem ni adalah sem terakhirku. Amin, insyaallah. Harap2 nye begitu. Lagi la banyak keje. Dgn research nye, dgn assignment lagi tmbah lak dgn presentation. Memang banyak btl keje. Takpe la, nak jadi pelajar cemerlang kan kene la berkorban. So, cuti ni dah ada plan. Apalagi wat keje la. Jd, nak wat keje dah ni. Sampai sini dululah ye. Jumpe lagi bile ku ade masa yang terluang. J

Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia

When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray

Assalamualaikum.. Wah, x percaya lak rsnye!!! Hari ni dah masuk thn baru la.. Cepat nye la masa berlalu.. Berakhir la sudah tahun 2010.. Selamat datang 2011.. harap2 dpt wat yg terbaik utk semester last diploma ni.. Amin.. Insyaallah..

Semalam (18/12/2010) adalah hari yang tak disangka-sangkakan oleh saya dan dua lagi kakak.. Seawal 5.30pagi mak kejut saya dan kakak untuk bgn dr tido.. Memang susah nak bgn sbb ngantuk.. Maklumlah, awal pg kn.. Sape tak ngantuk.. Dah bgn 2, kene terus mandi lak tu.. Uish.. Memang sejuk sgt2.. Dah mandi, siap2 semua, solat pulak.. Dalam pukul 6pg lebih, kami pun bertolak ke Shah Alam.. Destinasi kami..

Pukul 8.32pg, kami tiba di Intekma Resort, Shah Alam.. Singgah sebentar untuk menghantar emak dan jiran untuk aktiviti mereka.. Mereka menghadiri kursus membuat bun yang dianjurkan oleh Anis dan dikendalikan oleh Chef Faizal Ng.. Mak kate, chef ni ada bakeri bun kat Ipoh..

Dah tinggalkan mak untuk sementara, kami meneruskan perjalanan kami.. Kami bersarapan di restoran D'hati di antara Shah Alam dan Klang.. Kira2 pukul 9.30pg, kami pun dah selesai bersarapan dan sambung kembali perjalanan.. Kali ini kami ke Jusco Bukit Tinggi, Klang.. Kami tunggu selama 30 minit sebelum tirai Jusco dibuka padda 10pg.. Bile tirai dibuka, kami dengan lajunya menuju masuk ke dalam.. Suasana agak sunyi pada ketika itu.. Yelah, masih awal lagi.. Orang tak ramai lagikan.. 2 yang sunyi..

Dah masuk tu, apa lagi, kami terus serbu ke arah wayang.. hehehe.. Beli tiket utk tgk cite.. Kami beli tiket cite Tron Legacy pukul 11pg dan kemudian pukul 1.45ptg, cite The chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader.. Sape sangka kami tgk dua cite dalam 1 hari.. Memang biasa bg org lain, tapi bagi kami ianya satu kejutan.. Memang best sgt kedua2 cite.. memang berbaloi la.. Tak rugi tengok.. Sape2 yg suke kn cite mcm ni, bole la tgk.. Abes kedua2 cite pukul 3.30ptg, kami pun pergi ke tempat mak tadi.. Menunggu mak sampai 6ptg, waktu abes.. Dah abes 2, gi mkn mlm.. Then, balik rumah terus.. Dalam kereta, bantai tido sampai la rumah.. :)



Kali ni, di amek dr blog sesorg dan telah diubai suai.. Harap maaf ye tuan pny blog.. Sekadar renungan bersama.. Terima kasih atas post yg diberikan..


Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tersiarlah keputusan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar-pelajar UiTM seluruh cawangan di laman web rasminya, www.uitm.edu.my pada 10 Disember 2010 yang lepas..[hoho..ayat skema (=_=")]

Alfu mabruk buat mereka yang lulus dan berjaya mencapai kecemerlangan~
Alfu salamah buat mereka yang kurang berjaya [seperti diri ini..huk3]

Bak kata orang Ganu, dakpe2..

Kegagalan yang Allah takdirkan buat diri kita bukan bermaksud Dia tidak menyayangi kita, tapi sebenarnya Allah sangat sayangkan kita dan mendatangkan ujian sebegitu rupa. Sebab? Sebabnya Allah nak kita jadi lebih baik (^_^)v

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Seseorang yang dikehendaki Allah menjadi baik pasti akan diuji terlebih dahulu" (HR Al Bukhari)

"Jika Allah mengkehendaki sesuatu kebaikan pada hambaNya, maka Dia akan menyegerakan cubaan di alam dunia ini" (HR Al Tirmidzi)

Baikkan Allah?

Firman Allah SWT,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah : 286)

Setiap apa yang Allah jadikan pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah : 216)

Ujian yang hadir sebenarnya peringatan dan peluang dari Allah buat hambaNya supaya terus berusaha meningkatkan keimanan kepada Dia Yang Maha Esa.
Allah ingin melihat kita berusaha lebih gigih, berdoa dengan seikhlasnya dan meletakkan tawakal setinggi-tingginya..
Usah putus asa kerana putus asa itu bukan sifat seorang muslim! Seorang muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.

Allah SWT telah menjelaskan hal ini melalui kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya,

"Wahai anak-anakku! Pergilah kamu mencari (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." (QS Yusuf : 87)

Usaha belum cukup. Jadi? Teruskan berusaha! Jangan putus asa!


"Bila Allah cepat makbulkan doamu,
maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat makbulkan doamu,
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak memakbulkan doamu,
Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu,
sentiasalah bersangka baik dengan Allah
dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah
mendahului kemurkaan Nya.."

Ana

My photo
skrg ni blaja di uitm dungun.. alhamdulillah.. dah tamat diploma.. akan sambung ijazah di tempat yang sama pd bln 9 ini..

maSa itu EmaS

Hijriah.? Masihi.?

Followers

Ruang Kenalan

^Bicara Kata^

"Seandainya engkau gembira, sujudlah kepada Yang ESA..
Seandainya merasa gundah, perbanyakkanlah zikrullah..
Seandainya seringkali alpa, panjatkanlah doa penerang jiwa..
Seandainya merasa marah, lafazkanlah astaghfirullah &
Seandainya engkau kecewa, ingatlah mawaddah ALLAH kekal selamanya..."