Story of My Life

"SinaRan yAng CerDIk keIndAhaN aGamA"

Seindah Kata

"Whatever happen to ur day, just relax & manage to make a smile... Life is not a problem to be solved but a gift to be enjoyed... Make everyday ur best day... smile always...."

Pada 10 September 2011 menjadi detik-detik yang amat berharga untuk diriku apabila dihantar semula ke universiti terkemuka di Malaysia ini. Hanya kerana dapat menyambung kembali pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Siapa sangka dengan berbekalkan CGPA yang tidak sampai 3 pointer bole membenarkanku menyambung. Alhamdulillah ku bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. Inilah yang dinamakan rezekiku. Mungkin kerana tidak ramai yang sambung, sebab itu saya dapat sambung. Alhamdulillah.

Wah, dah lama betul tak menaip di blog ni. Nasib baik tak bersawang lagi. Bole la terus menaip. Erm. Nak cita apa ye untuk entri kali ni. Sebenarnya dah kehabisan idea. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang pandai bermadah, apatah lagi untuk bercerita. Sedar tak sedar kita dah di bulan ramadhan kan. Sapa sangka masa berputar begitu cepat sehingga tak dapat merasai apa-apa. Hari ni nak masuk sebelas hari kita berpuasa. Tak lama lagi raya. Kemudian, tak lama lepas raya bermulalah agenda saya sebagai seorang pelajar kembali. Pelbagai perasaan bermain di hati ini. Gembira, sedih, takut, cemas dan sebagainya. Maklumlah, dah empat bulan bercuti, otak pun mula la beku. Harapnya, pengajian kali ini dapat buat dengan lebih baik. Okey la, tu je cerita untuk kali ini. Jumpa lagi akan datang :)

Dah hampir 4 bulan, usia anak buah pertamaku. Namanya Adnin Najwa binti Ridwan. Anak pertam kepada kakak sulungku. Tak sangka lak macam ni rupanya anak buah selepas 3 minggu tak tengok. Makin comel la dia ni. Rasa nak gigit je pipi tu. Ish. Tembam sangat. Geram tengok. Sekarang ni dah pandai berbunyi. Bising lak tu. Aduih. Memang comel betul. Ape dah ni. Tak tau nak kata apa melainkan comel belaka. Hahaha. Di bawah ni disertakan gambarnya. (^_^)


"Teman ketawa di mana-mana
Sahabat berduka sukar dicari"

Kata-kata di atas sering kita dengarkan. Kebiasannya ketika kita di waktu kesenangan memang ramai yang berada di sekeliling kita untuk merasai kesenangan itu. Akan tetapi apabila kita di waktu kesusahan kita diabaikan, terbiar dengan kesusahan kita. Mereka membiarkan saja kita tanpa rasa belas kasihan. Seorang teman yang sejati tidak akan sesekali meninggalkan kita dikala susah atau pun senang. Dia akan berusaha membantu walau dengan apa cara sekalipun. Dia tidak sanggup untuk melihat kita dalam kesusahan. Itulah sahabat sejati dan setia menanti kita walau dalam apa keadaan sekalipun. Mereka inilah yang sentiasa ada di kala susah dan senang selain ibubapaku. Kerana mereka sentiasa berada di sampingku ketika diploma. Harap hubungan kita berkekalan selamanya. Terima kasih kalian kuucapkan.. (^_^)
Sebenarnya tak tau nak taip apa dah. Tu yang main hantam je. huhuhu. Sekian.



dari kiri: tasha, adhwa' (sy), eyra, ain, sanah dan dhania..

Setelah beberapa hari blogger ini under maintenace, akhirnya pada hari ini dapat juga ku coretkan cerita-cerita kehidupan.. Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi saya badan yang sihat, otak yang cergas dan pelbagai kenikmatan lagi. Minggu ni adalah minggu kedua cuti bagi saya dan kawan-kawan yang lain. Rasa rindu lak dengan mereka. Masing-masing sibuk dengan hal-hal mereka. Maklumlah cuti kali ni agak panjang dengan cuti sebelumnya. Cuti 4 bulan. Tak pernah kami dapat cuti macam ni. Ada yang cari kerja, ada yang duduk-duduk je. Macam-macam aktiviti boleh buat. Macam saya, duk umah je sambil online, tgk tv. Cuti kali ni agak berbeza sikit dengan cuti sebelum-belumnya. Sebab cuti kali ni nak belajar something. hehehe. Kalo tak cakap pun, tau dah kan apa dia. huhuhu. Kene la belajar, kalo tak, cam ne nak jadi ehem-ehem. hehehe. Key la, dah tak tau nak cerita ape lagi. huhuhu. Disertakan sekali di bawah ni wajah-wajah ceria kawan-kawanku. :)


ni ms lawatan ke istana kehakiman



lepas habis kelas


Pada 25 April 2011 yang lalu, saya telah menamatkan peperiksaan akhir untuk peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Awam. Insyaallah!! Saya harapkan inilah diploma pertama dan terakhir saya. Bukan apa, kalau boleh, saya nak berkonvo tepat pada masanya. Saya taknak lambat-lambat. Setiap peperiksaan yang saya hadapi memang agak sukar jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Maklumlah, subjeknya juga berbeza. Memandangkan masa yang begitu singkat untuk menjawab 7 peperiksaan dalam masa beberapa hari. Mungkin bagi orang lain ia adalah satu perkara yang biasa. Tapi bagi saya, ia sangat menyukarkan untuk saya mengulangkaji pelajaran. Saya sampai jadi buntu kerana tak tahu nak mula yang mana. Memang otak saya ketika itu kosong sangat sebab memikirkan peperiksaan yang bakal tiba. Tetapi alhamdulillah walaupun kosong saya tidak ke tahap tertekan.

Di bawah ini adalah jadual peperiksaan saya:

PAD380: Current Affairs in South East Asia - 20/4 (9pg)
PAD365: Industrial Relations - 23/4 (9pg)
LAW379: Business Law - 24/4 (9pg)
PAD330: Social Behavior in Organizations - 24/4 (2.15ptg)
PAD390: Development Administration - 25/4 (9pg)
PAD370: Public Financial Administration - 25/4 (2.15ptg)

Berkemungkinan 25 Mei ni keputusan peperiksaan akan diumumkan. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Saya berharap sangat semoga peperiksaan kali ini saya dapat keputusan yang memuaskan. Saya sentiasa panjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Amin. Insyaallah!!!

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..

Wah.. Cuti juga akhirnya.. Memang dinanti2 kn cuti ini.. Sebab ni je satu2 nye cuti yg ade.. Lps ni mane ade cuti dh. Kalo ade pun cuti hujung sem nnt la. Uish, lame sgt nk tggu tuh. Nasib baik ade cuti ni. Kalo x, x balik umah la weh. Cuti kali ni berkemungkinan x gi mana2 kot. Sebabnya nenek belah ayah ada kat umah. Jadi, kene jaga nenek la jawabnya. Huhuhu. Nak wat camne, nenek yang nak tinggal ngan ayah, kene la layan elok2 kn. Nenek ni memang susah nak gi umah orang. Bile die dah kate nak ikut, jadi baik bawa je. Jgn byk cakap. Lagipun, ayah ade keje. X jd masalah la nenek ade kat umah pun. Lagi satu, saya ni banyak keje kene wat masa cuti ni sebenarnya. Maklumlah, student kan. Memang tak lepas dari assignment la kan. Lagi2 sem ni adalah sem terakhirku. Amin, insyaallah. Harap2 nye begitu. Lagi la banyak keje. Dgn research nye, dgn assignment lagi tmbah lak dgn presentation. Memang banyak btl keje. Takpe la, nak jadi pelajar cemerlang kan kene la berkorban. So, cuti ni dah ada plan. Apalagi wat keje la. Jd, nak wat keje dah ni. Sampai sini dululah ye. Jumpe lagi bile ku ade masa yang terluang. J

Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia

When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray

Assalamualaikum.. Wah, x percaya lak rsnye!!! Hari ni dah masuk thn baru la.. Cepat nye la masa berlalu.. Berakhir la sudah tahun 2010.. Selamat datang 2011.. harap2 dpt wat yg terbaik utk semester last diploma ni.. Amin.. Insyaallah..

Ana

My photo
skrg ni blaja di uitm dungun.. alhamdulillah.. dah tamat diploma.. akan sambung ijazah di tempat yang sama pd bln 9 ini..

maSa itu EmaS

Hijriah.? Masihi.?

Followers

Ruang Kenalan

^Bicara Kata^

"Seandainya engkau gembira, sujudlah kepada Yang ESA..
Seandainya merasa gundah, perbanyakkanlah zikrullah..
Seandainya seringkali alpa, panjatkanlah doa penerang jiwa..
Seandainya merasa marah, lafazkanlah astaghfirullah &
Seandainya engkau kecewa, ingatlah mawaddah ALLAH kekal selamanya..."
There was an error in this gadget