Story of My Life

"SinaRan yAng CerDIk keIndAhaN aGamA"

Seindah Kata

"Whatever happen to ur day, just relax & manage to make a smile... Life is not a problem to be solved but a gift to be enjoyed... Make everyday ur best day... smile always...."

Pada 26/12/2009, telah sempurnalah majlis perkahwinan kakak sulungku dengan pasangannye. Memang penat giler la masa ari kenduri tu. Maklumlah kenduri tu secara gotong-royong kan. X sangka lak penat cam ni. huhuhu. Mule2 kemas rumah dulu. Yela, orang nak masuk umah kan, kene la kemas. Satu2 bilik di punggah, dikemas. dan akhirnya menjadi cntk. hahaha. sebenarnye, x tau nk tls pe. dlm kepala ni byk idea, tp x reti nak kembangkan. huhuhu. maklumla bukan bakat penulis. hahaha. tp ape2hal pun mmg best la. walaupun kene mrh, bengang, skt ati tp sume 2 tetap x jd penghalang. Masa ari 2, saye la yang kene anta cenderahati pada tetamu yang dtg. malu x malu, terpaksa la jd. dah x de sape nak tolong. Ade sedara pun, wat bodo je. Sakit ati btl. Tp x pela, semua nye berjalan dgn lancar.. Tetamu pun yang ramai gak yang dtg. Bagus lah. Alhamdulillah...

pengantin bersama keluarga pihak lelaki


pengantin bersama ibubapa pengantin pompuan



ni hantaran laki utk pompuan


masa makan


ni hantaran pompuan utk laki

pelamin pengantin. simple je.


Sedar x sedar sdh msk tahun baru hijrah. Alhamdulillah, syukur pada Yang Esa kerana masih memberikan say nyawa untuk kehadiran tahun baru islam ini. Terima kasih Tuhan atas kurniaanMu ini. Insyaallah, dengan kedatangan tahun baru hijarah ini, ianya akan dapat memberikan semangat dan azam baru untuk saya meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Insyaallah saya mampu mengubahnya kepada yang lebih baik. Amin. Moga tahun ini saya dapat kecapi apa yang diingini... Insyaallah.. Bittaufiq wannajah.. Insyaallah...

Pernah tak kita menitiskan air mata kerana Allah? Tu tandanya hati kita masih ada cahaya. Ke kita nangis sebab benda lain?

Nangis Sebab Banyak Dosa
Patutnya kita nangis sebab mengingatkan dosa2 yang menggunug dan mengharapkan Tuhan berikan pengampunan walaupun kita tak tau amal kita tak seberapa. Ke kita nangis sebab layan filem hindi? Akademi fantasia? Sehati berdansa? Asal tengok nangis, asal nangis tengok... betul ke 2? pape je la.. (^_^)

Nangis Sebab Sikit Amal
Patutnya kita nangis tengok amal orang yang bersedekah dengan ikhlas, menolong orang tanpa harapkan balasan, nangis tengok orang menangis dalam solat mereka. Ke kita nangis sebab termasuklah note lima puluh dalam tabung derma masjid sebab sangkakan tu note seringgit...

Nangis Sebab Rindu Nabi
Patutnya kita nangis sebab tak berpeluang hidup bersama nabi, tak berkesempatan menatap wajah nabi, tak tergolong dalam golongan para sahabat yang berjuang menegakkan agama bersama nabi. Ke kita nangis sebab melecet kaki berjalan tengah panas masa join jemaah berarak maulidurrasul akibat dipaksa?

Nangis Sebab Takut Allah
Patutnya kita nangis sebab takut Tuhan panggil balik pada bila2 masa walhal amal korang sikit, dosa pilak macam laut. Nangis sebab takut kena ke dalam api neraka dan tak dapat cium bau syurga. Ke kita nangis sebab takut hilang kerja, tak pass periksa, kene saman parking, tak dapat projek, kena marah cikgu, awek lari, balak curang dompet hilang, kena lempang, sakit pinggang, gigi berlubang, ngigau kena kejar beruang, jatuh longkang dan macam2 lagilah.

Oleh itu, sama2lah kita semua renung2kan segala nya tentang diri kita ini. Ini peringatan kepada semua yang membacanya termasuk lah diri saya sendiri.. Maafkanlah jika ada terkasar bahasa, menyinggung hati.. Moga kita diberi pengampunan. Moga2 kita ditempatkan dalam golongan yang beriman..

Result yang selama ini dinantikan akhirnya dapat juga kulihat. Tetapi apakan daya, harapan hanya tinggal kenangan. Result tidak seperti yang diimpikan. Walaupun aku sudah pun berusaha sedaya yang mungkin, tetapi bukan rezekiku untuk meraih kejayaan seperti yang diimpikan. Semuanya kehendak Yang Maha Kuasa menentukan. Aku hanya mampu merancang tetapi, Allah jualah yang menentukannya. Siapalah aku untuk melawan takdir Ilahi. X pe la. Mungkin juga aku tidak bersungguh2 dlm belajar. Mungkin bukan sem ni. Mungkin sem depan baru berjaya. Sape yang tau kn. Lepas ni, kene la belajar rajin2 lg dr sem ni. Aku redha dengan ketetapan Ilahi. Insyaallah, aku akan berusaha dengan lebih baik.

Mak dan ayah, maafkan anakumu ini kerana masih tidak memenuhi kehendak kalian. Anakmu ini mengecewakan kalian lagi. Harapnye, mak dan ayah akan terus memberi sokongan, doa dan restu untuk anakmu ini terus berjaya. Mungkin kegagalanku ini ada hikmah disebaliknya. Terima kasih Tuhan atas ujian ini.

Sem ni aku mampu memperolehi gpa 2.41 berbanding 2.75 sem lps. Bezakan. Sem ni memang menurun la. Pastu, ade 1 paper fail. Ini bermakna, pade sem depan kene repeat la paper ni. Terpakse la wat muke tembok je nak masuk kelas junior. Tapi, demi ilmu akan ku gagahi jua. Jadi, sem ni nak x nak kene usaha dgn lbh kuat.

GUD LUCK 4 MY SELF!!!

Siapakah orang yang sibuk?
-Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

-Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
-Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
-Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
-Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....

Siapakah orang yang paling cantik?
-Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakarang yang mempunyai rumah yang paling luas?
-Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
-Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
-Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Pada 13 Oktober 2009 yang lalu bersamaan hari selasa, pelajar2 Diploma Pentadbiran Awam telah pun mengikuti majlis makan malam kos yang memang akan diadakan pada ujung setiap semester. Pelajar2 part3 sesi july-nov 09 telah bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan dinner tersebut. Memandangkan persiapan hanya dibuat dalam masa 2 minggu sahaja, tetapi majlis tersebut telah berjaya menambat hati ramai pelajar dari part lain. Pada mulanya kami sebulat suara untuk tidak meneruskan majlis ini. Ini disebabkan H1N1 yang melanda tempoh hari. Kerana H1N1, semua aktiviti dibeku, tetapi setelah diberi perangsang oleh pensyarah, kami akhirnya bersetuju untuk mengadakan juga walaupun tidak sehebat mane. tetapi, sape sangka berjaya juga majlis yang kami lakukan. Syukur sangat. Memang kenangan yang paling best la. hehehe. Dah x tau nak taip pe lagi. Di sini juga disertakan gambar pada majlis tersebut.. Tapi gambarnye sket je la ye.. X banyak.. hehehe.. mls nk upload.. kalo nk tgk lbh, d friendster..



dh lame rase nye x menaip di blog ni.. huhuhu.. maklum la buzy sket skrg.. ari 2, lepas je cuti raye, sibuk nk wat diner kos.. part ktorg yang anjurkan diner tersebut.. 2 yg buzy 2.. tmbh lak ngan assingment yang tertangguh.. lagi la bertambah buzy nye.. tp alhamdulillah, skrg ni semuanya dah selesai.. berjaya gak menyelesaikan nya.. syukur sgt2.. sekarang yang penting nak tumpukan pada final exam lak.. lagi berapa ari je nak final.. huhuhu.. x tau la sem ni cam ne.. rasa cm x blaja pape je.. huhuhu.. teruk nye.. arap2 dpt yg baik walaupun x terbaik.. mule final pada 28/10 sampai 15/11/2009.. x sabar nak abes final.. hehehe.. final x mule lg, nk abes.. layan la.. moga2 sem ni ada peningkatan walaupun x banyak.. amin.. doakan ye.. 2 dulu.. tp skrg dh x bz dh.. sbb br abes final dan br tamat sem 3.. syukur, alhamdulillah.. arap2 lulus utk sem ni.. amin..

Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan di dalam salah satu hadithnya bahawa terdapat dari kalangan umatnya yang berpuasa pada siangnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya mendapat lapar sahaja. Baginda s.a.w. juga menyatakan ada dari kalangan umatnya yang qiyam Ramadhan pada malamnya tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali berjaga sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapat pahala puasanya kecuali lapar sahaja, dan berapa banyak orang yang qiyam (tarawih dan witir) yang tidak mendapat pahala qiyamnya kecuali hanya berjaga sahaja."
( H.R. Al-Nasaai, Ibn Majah, Al-Hakim ; Katanya : Sahih dengan syarat Bukhari )




Penyimpan Mohor2 Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
Untuk Sebulan ( No Overtime!! And No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!!
-Kalau Ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn !!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh Dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan yang dok cucuk!!
Maka MANUSIA , ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah Dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk
BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!..... Ada juga yg dok merungut Zakat Mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..
Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman Dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....
Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he

Untuk dipertandingkan setiap tahun? Untuk dibaca sebagai halwa telinga pada majlis-majlis tertentu? Untuk dipelajari hanya sekadar maklumat semata-mata? Untuk apa sebenarnya al-Quran itu diturunkan? Di sinilah pemahaman yang benar terhadap al-Quran perlu ada di dalam pemikiran setiap dari kita umat Islam hari ini - tidak kiralah samada rakyat biasa mahupun para pemimpin. Setiap dari kita mempunyai kewajiban terhadap al-Quran. Kita wajib mempelajarinya, memahaminya dan melaksanakan isi kandungannya.

Sebagai seorang Muslim kita perlu menyedari bahawa al-Quran yang ada di dalam dada-dada kita, yang tersimpan di rumah-rumah kita dan yang tersusun rapi di masjid-masjid perumahan dan kampung-kampung adalah merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk kepada manusia. ¿Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ¿ [TMQ Al Baqarah (2) :185]. Persoalannya kini ialah - apakah kita hari ini, samada pihak individu, masyarakat mahupun negara telah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk mengatur kehidupan kita pada hari ini? Dalam konteks individu, mungkin masih ramai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka walaupun ramai juga yang telah tersasar kehidupan mereka dari petunjuk al-Quran. Namun ini jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat dan negara! Faktanya kita dapat melihat bagaimana di kalangan para pemimpin negara yang berkuasa hari ini, mereka tidak lupa menganjurkan pertandingan tilawah setiap tahun, tetapi malangnya mereka lupa dan tidak berusaha malahan sering memberikan alasan yang pelbagai untuk tidak menerapkan isi kandungan ajaran al-Quran yang menjadi kewajiban atas bahu-bahu mereka. Apakah ini sebahagian dari golongan yang diadukan oleh Rasulullah SAW kepada Allah SWT seperti mana yang difirmankan olehNya di dalam al-Quran?

¿ Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ Al Furqaan (25) : 30]. Untuk itu wahai para penguasa umat Islam! Apakah kamu hanya berbangga menjadi penganjur dan pemenang pertandingan tilawah al-Quran, tetapi kamu langsung tidak berusaha untuk menerapkan al-Quran di dalam kehidupan bernegara pada hari ini sedangkan inilah yang diwajibkan bagi kamu? Ingatlah firman Allah SWT ¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. [TMQ Al Maa-idah (5) : 44].¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [TMQ Al Maa-idah (5) : 45]. ¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [TMQ Al Maa-idah (5) : 47].

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

Berdoa semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, tahajud dan sebagainya dengan sempurna dan diterima oleh Allah..

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
(Riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas)

Doa ini diambil dari majalah Anis bulan julai 2009 nye.. Saje amek utk di kongsikan pada sume..



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu

satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Ayat ni prnh kte dgr kn. Bole dikate kn biase la gak dgr kn. Mmg terluka ble disakiti oleh org yg kte knl kn. Apetah lg org 2 yg kte syg. Ayat ni khas utk kwn2 yg prnh knl, bersama ngan sy. X lupe juga utk mak, ayah dan familyku. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

Assalamu'alaikum Wbrth!

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

mmg menginsafkan btl ayat ni.. huhuhu.. sebenarnye dh lame cr ayat ni.. ayat ni selalu dimain kan di radio ikim.fm.. bg sape2 yg dgr radio 2 tau la.. hehehe.. ps2, dpt ayat ni dr kwn yg post kn jd buletin.. jd, sy trs la amek ayat ni ltk kn dlm blog ni.. lgpn, ayat ni mengingatkan sy ngan sorg kwn sy.. dr sek men lg dh cr ayat ni dgn die.. name nye same la ngan name sy.. tp cume panggilan je len.. mmg t'ingt la kt die.. die bole dikte kn sbg atr 4 org yg rapat dgn sy.. tiap kali ayat ni kuar dr ikim, ktorg ber2 mmg trs g dkt ngan radio.. psl nk dgr ayat ni.. hehehe.. tp mmg terasa la ble bc ayat ni.. astaghfirullah... ( Ya Allah, ampunkan aku...)

Thank you... for simply being there
on the cloudy days... on the sunny days
thank you for sharing your joys and pain with me...
for showing me that i am so special
that my contribution counts
to our friendship
I have grown as a person
and I hope you have too
thank you... just for you...

Thank you... for simply being my friend
you the special memories
we shared together now
you the never ending support
you always give me.. oh friend
I will always love you
I can't tell how much
that you mean to me
I pray for our overlasting friendship
never ever says goodbye to yesterday
cause yesterday was so special and wonderful
and I hope tomorrow will be better
thank you for everything...


lagu ni di ambil dari mirwana.. pinjam jap memandangkan lirik nye yg begitu mendalam.. kepada teman2 yang pernah mengenali diri ini terima la lagu ni walaupun x seberapa.. lagu ni khas utk korang.. terima kasih sbb jd kwn sy..
rindu nye la kt kwn2.. kwn2 sriqa, skjp2, tahfiz al-rahimiyyah & sek men hafiz.. huhuhu.. ble lg la kte bole jmpe kn.. teringat la ms kt skola dulu kn.. lg2 kt hafiz.. mmg byk sgt kenangan kt c2.. mcm2 kejadian berlaku.. sdh, gembira, bengang, skt ati.. mcm2 perasaan bercampur.. hehehe.. mmg best sgt.. rs cm nk kembali ke sek blk je.. huhuhu.. nk wat cm ne, ms x leh undur.. huhuhu.. ape kabar korg kn? arap2 nye shat je la.. dh x tau nk taip pe lg.. lastly, gud luck in ur life ye..
(utk yg knl sy.. kalo x knl pun x pe la.. knl2 kn la.. hehehe..)

Mak Ayah,
sayang kamu berdua..
akan ku balas segala jasamu..
doa kan lah kejayaanku nanti..

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.
Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya :
"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah sakit ni…bukan sakit hati tau..tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil..entah apalah penyakit aku ni…
aku tak fahamlah apa yang dia cakap…tapi apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak aku
kot…semasa waktu pulang dari sekolah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di koridor tu…
tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..
hmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…
Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..
setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..
aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini..aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu "
Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa,yang hidup akan pergi jua. Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya.

Secebis Kata Renungan Semua..

Apabila dirimu dibelenggu masalah,
sdgkan tiada sesiapa pun mahu mengambil kisah..
ingatlah pd DIA yg xpernah jemu mndengar rintihan
jiwamu…Apabila hatimu terluka dan kesakitan itu
menumbangkan kudratmu, jgnlah engkau brputus asa
krn DIA sdg memperhatikn dirimu…Apabila jalan di
hdapanmu digelapi mendung, sdgkan tiada sesiapa di
sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus yg
dinaungiNYA…Apabila parut lukamu dicederakn lagi,
hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa DIA
setia brsama orang2 yg bersabar…


INGATLAH.....

"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya
namanya jika miskin budi bahasa"

"Segagah mana pun diri
bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan"
"Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu
jika buruk tingkahlaku"

"Setinggi mana pun darjatnya
bukanlah mulia jika tiada iman didada"

"Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal
dan digunakan"

"Sealim mana pun warak bukanlah namanya
ulama' jika takbur dan riak"

"Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa".

Cintai Ilmu....

jika kita mencari ilmu krn semangat,
apabila semangat itu hilang maka,

ilmu itu jg akn hilang bersama semangat yg hilang,

jika kite mencari ilmu krn manusia,

apbl manusia itu mati ilmu itu jg akan mati bersama sama manusia yg mati,

tp apabla kita mencari ilmu krn Allah ilmu itu akn kekal krn Allah
kekal selama2nye...

doakan kejayaan bersama dlm mencari ilmu..

biarlah ia kekal dlm dr kita n dpt curashkn kpd generasi akn dtg....

Ana

My photo
skrg ni blaja di uitm dungun.. alhamdulillah.. dah tamat diploma.. akan sambung ijazah di tempat yang sama pd bln 9 ini..

maSa itu EmaS

Hijriah.? Masihi.?

Followers

Ruang Kenalan

^Bicara Kata^

"Seandainya engkau gembira, sujudlah kepada Yang ESA..
Seandainya merasa gundah, perbanyakkanlah zikrullah..
Seandainya seringkali alpa, panjatkanlah doa penerang jiwa..
Seandainya merasa marah, lafazkanlah astaghfirullah &
Seandainya engkau kecewa, ingatlah mawaddah ALLAH kekal selamanya..."
There was an error in this gadget