Story of My Life

"SinaRan yAng CerDIk keIndAhaN aGamA"

Seindah Kata

"Whatever happen to ur day, just relax & manage to make a smile... Life is not a problem to be solved but a gift to be enjoyed... Make everyday ur best day... smile always...."

dh lame rase nye x menaip di blog ni.. huhuhu.. maklum la buzy sket skrg.. ari 2, lepas je cuti raye, sibuk nk wat diner kos.. part ktorg yang anjurkan diner tersebut.. 2 yg buzy 2.. tmbh lak ngan assingment yang tertangguh.. lagi la bertambah buzy nye.. tp alhamdulillah, skrg ni semuanya dah selesai.. berjaya gak menyelesaikan nya.. syukur sgt2.. sekarang yang penting nak tumpukan pada final exam lak.. lagi berapa ari je nak final.. huhuhu.. x tau la sem ni cam ne.. rasa cm x blaja pape je.. huhuhu.. teruk nye.. arap2 dpt yg baik walaupun x terbaik.. mule final pada 28/10 sampai 15/11/2009.. x sabar nak abes final.. hehehe.. final x mule lg, nk abes.. layan la.. moga2 sem ni ada peningkatan walaupun x banyak.. amin.. doakan ye.. 2 dulu.. tp skrg dh x bz dh.. sbb br abes final dan br tamat sem 3.. syukur, alhamdulillah.. arap2 lulus utk sem ni.. amin..

Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan di dalam salah satu hadithnya bahawa terdapat dari kalangan umatnya yang berpuasa pada siangnya tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya mendapat lapar sahaja. Baginda s.a.w. juga menyatakan ada dari kalangan umatnya yang qiyam Ramadhan pada malamnya tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali berjaga sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapat pahala puasanya kecuali lapar sahaja, dan berapa banyak orang yang qiyam (tarawih dan witir) yang tidak mendapat pahala qiyamnya kecuali hanya berjaga sahaja."
( H.R. Al-Nasaai, Ibn Majah, Al-Hakim ; Katanya : Sahih dengan syarat Bukhari )




Penyimpan Mohor2 Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
Untuk Sebulan ( No Overtime!! And No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!!
-Kalau Ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn !!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh Dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan yang dok cucuk!!
Maka MANUSIA , ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah Dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk
BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!..... Ada juga yg dok merungut Zakat Mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..
Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman Dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....
Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he

Untuk dipertandingkan setiap tahun? Untuk dibaca sebagai halwa telinga pada majlis-majlis tertentu? Untuk dipelajari hanya sekadar maklumat semata-mata? Untuk apa sebenarnya al-Quran itu diturunkan? Di sinilah pemahaman yang benar terhadap al-Quran perlu ada di dalam pemikiran setiap dari kita umat Islam hari ini - tidak kiralah samada rakyat biasa mahupun para pemimpin. Setiap dari kita mempunyai kewajiban terhadap al-Quran. Kita wajib mempelajarinya, memahaminya dan melaksanakan isi kandungannya.

Sebagai seorang Muslim kita perlu menyedari bahawa al-Quran yang ada di dalam dada-dada kita, yang tersimpan di rumah-rumah kita dan yang tersusun rapi di masjid-masjid perumahan dan kampung-kampung adalah merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk kepada manusia. ¿Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ¿ [TMQ Al Baqarah (2) :185]. Persoalannya kini ialah - apakah kita hari ini, samada pihak individu, masyarakat mahupun negara telah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk mengatur kehidupan kita pada hari ini? Dalam konteks individu, mungkin masih ramai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka walaupun ramai juga yang telah tersasar kehidupan mereka dari petunjuk al-Quran. Namun ini jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat dan negara! Faktanya kita dapat melihat bagaimana di kalangan para pemimpin negara yang berkuasa hari ini, mereka tidak lupa menganjurkan pertandingan tilawah setiap tahun, tetapi malangnya mereka lupa dan tidak berusaha malahan sering memberikan alasan yang pelbagai untuk tidak menerapkan isi kandungan ajaran al-Quran yang menjadi kewajiban atas bahu-bahu mereka. Apakah ini sebahagian dari golongan yang diadukan oleh Rasulullah SAW kepada Allah SWT seperti mana yang difirmankan olehNya di dalam al-Quran?

¿ Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ Al Furqaan (25) : 30]. Untuk itu wahai para penguasa umat Islam! Apakah kamu hanya berbangga menjadi penganjur dan pemenang pertandingan tilawah al-Quran, tetapi kamu langsung tidak berusaha untuk menerapkan al-Quran di dalam kehidupan bernegara pada hari ini sedangkan inilah yang diwajibkan bagi kamu? Ingatlah firman Allah SWT ¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. [TMQ Al Maa-idah (5) : 44].¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [TMQ Al Maa-idah (5) : 45]. ¿Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [TMQ Al Maa-idah (5) : 47].

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

Berdoa semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, tahajud dan sebagainya dengan sempurna dan diterima oleh Allah..

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
(Riwayat Ahmad dan at-Tabrani, daripada Anas)

Doa ini diambil dari majalah Anis bulan julai 2009 nye.. Saje amek utk di kongsikan pada sume..



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu

satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Ayat ni prnh kte dgr kn. Bole dikate kn biase la gak dgr kn. Mmg terluka ble disakiti oleh org yg kte knl kn. Apetah lg org 2 yg kte syg. Ayat ni khas utk kwn2 yg prnh knl, bersama ngan sy. X lupe juga utk mak, ayah dan familyku. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

Ana

My photo
skrg ni blaja di uitm dungun.. alhamdulillah.. dah tamat diploma.. akan sambung ijazah di tempat yang sama pd bln 9 ini..

maSa itu EmaS

Hijriah.? Masihi.?

Followers

Ruang Kenalan

^Bicara Kata^

"Seandainya engkau gembira, sujudlah kepada Yang ESA..
Seandainya merasa gundah, perbanyakkanlah zikrullah..
Seandainya seringkali alpa, panjatkanlah doa penerang jiwa..
Seandainya merasa marah, lafazkanlah astaghfirullah &
Seandainya engkau kecewa, ingatlah mawaddah ALLAH kekal selamanya..."