Wah, dah lama betul tak menaip di blog ni. Nasib baik tak bersawang lagi. Bole la terus menaip. Erm. Nak cita apa ye untuk entri kali ni. Sebenarnya dah kehabisan idea. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang pandai bermadah, apatah lagi untuk bercerita. Sedar tak sedar kita dah di bulan ramadhan kan. Sapa sangka masa berputar begitu cepat sehingga tak dapat merasai apa-apa. Hari ni nak masuk sebelas hari kita berpuasa. Tak lama lagi raya. Kemudian, tak lama lepas raya bermulalah agenda saya sebagai seorang pelajar kembali. Pelbagai perasaan bermain di hati ini. Gembira, sedih, takut, cemas dan sebagainya. Maklumlah, dah empat bulan bercuti, otak pun mula la beku. Harapnya, pengajian kali ini dapat buat dengan lebih baik. Okey la, tu je cerita untuk kali ini. Jumpa lagi akan datang :)
0 comments:
Post a Comment