Story of My Life

"SinaRan yAng CerDIk keIndAhaN aGamA"

Seindah Kata

"Whatever happen to ur day, just relax & manage to make a smile... Life is not a problem to be solved but a gift to be enjoyed... Make everyday ur best day... smile always...."

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajar sesuatu kepada anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur manakala di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur dan di tangan kana nada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebut ‘Kapur’, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katakan ‘Pemadam’.” Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian, guru kembali berkata, “Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebut ‘Pemadam’. Jika saya angkat kayu pemadam, maka katakan ‘Kapur’.” Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi batil dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat megikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah dan hokum Islam dari masa ke masa. “Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan ‘trend’, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistic kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” Tanya guru kepada anak muridnya. “Baik untuk permainan kedua…” Gurunya meneruskan…

“Cikgu ada Quran, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada di tengah tanpa memijak karpet?” Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet dan dia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. “Murid-murid, begitulah umat Islam dengan musuhnya. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah jika dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu sate persatu, baru rumah dihancurkan. Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terang, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.” “Kenapa mereka tidak berani terang0terang memijak-mijak kita cikgu?” Tanya murid-murid. “Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Badar dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, dan akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, mereka akan gerun.” Inilah penyebab runtuhnya akidah Islam dan tumbangnya satu persatu anak bangsa.

p/s: Fikir-fikirlah bersama. Moga Allah sentiasa melindungi kita dari melakukan kejahatan. InsyaAllah (^_^)

Diari Muslimin 2012
KHAS BUAT MUSLIM SEJATI


Pada 10 September 2011 menjadi detik-detik yang amat berharga untuk diriku apabila dihantar semula ke universiti terkemuka di Malaysia ini. Hanya kerana dapat menyambung kembali pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Siapa sangka dengan berbekalkan CGPA yang tidak sampai 3 pointer bole membenarkanku menyambung. Alhamdulillah ku bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. Inilah yang dinamakan rezekiku. Mungkin kerana tidak ramai yang sambung, sebab itu saya dapat sambung. Alhamdulillah.

Wah, dah lama betul tak menaip di blog ni. Nasib baik tak bersawang lagi. Bole la terus menaip. Erm. Nak cita apa ye untuk entri kali ni. Sebenarnya dah kehabisan idea. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang pandai bermadah, apatah lagi untuk bercerita. Sedar tak sedar kita dah di bulan ramadhan kan. Sapa sangka masa berputar begitu cepat sehingga tak dapat merasai apa-apa. Hari ni nak masuk sebelas hari kita berpuasa. Tak lama lagi raya. Kemudian, tak lama lepas raya bermulalah agenda saya sebagai seorang pelajar kembali. Pelbagai perasaan bermain di hati ini. Gembira, sedih, takut, cemas dan sebagainya. Maklumlah, dah empat bulan bercuti, otak pun mula la beku. Harapnya, pengajian kali ini dapat buat dengan lebih baik. Okey la, tu je cerita untuk kali ini. Jumpa lagi akan datang :)

Dah hampir 4 bulan, usia anak buah pertamaku. Namanya Adnin Najwa binti Ridwan. Anak pertam kepada kakak sulungku. Tak sangka lak macam ni rupanya anak buah selepas 3 minggu tak tengok. Makin comel la dia ni. Rasa nak gigit je pipi tu. Ish. Tembam sangat. Geram tengok. Sekarang ni dah pandai berbunyi. Bising lak tu. Aduih. Memang comel betul. Ape dah ni. Tak tau nak kata apa melainkan comel belaka. Hahaha. Di bawah ni disertakan gambarnya. (^_^)


"Teman ketawa di mana-mana
Sahabat berduka sukar dicari"

Kata-kata di atas sering kita dengarkan. Kebiasannya ketika kita di waktu kesenangan memang ramai yang berada di sekeliling kita untuk merasai kesenangan itu. Akan tetapi apabila kita di waktu kesusahan kita diabaikan, terbiar dengan kesusahan kita. Mereka membiarkan saja kita tanpa rasa belas kasihan. Seorang teman yang sejati tidak akan sesekali meninggalkan kita dikala susah atau pun senang. Dia akan berusaha membantu walau dengan apa cara sekalipun. Dia tidak sanggup untuk melihat kita dalam kesusahan. Itulah sahabat sejati dan setia menanti kita walau dalam apa keadaan sekalipun. Mereka inilah yang sentiasa ada di kala susah dan senang selain ibubapaku. Kerana mereka sentiasa berada di sampingku ketika diploma. Harap hubungan kita berkekalan selamanya. Terima kasih kalian kuucapkan.. (^_^)
Sebenarnya tak tau nak taip apa dah. Tu yang main hantam je. huhuhu. Sekian.



dari kiri: tasha, adhwa' (sy), eyra, ain, sanah dan dhania..

Setelah beberapa hari blogger ini under maintenace, akhirnya pada hari ini dapat juga ku coretkan cerita-cerita kehidupan.. Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi saya badan yang sihat, otak yang cergas dan pelbagai kenikmatan lagi. Minggu ni adalah minggu kedua cuti bagi saya dan kawan-kawan yang lain. Rasa rindu lak dengan mereka. Masing-masing sibuk dengan hal-hal mereka. Maklumlah cuti kali ni agak panjang dengan cuti sebelumnya. Cuti 4 bulan. Tak pernah kami dapat cuti macam ni. Ada yang cari kerja, ada yang duduk-duduk je. Macam-macam aktiviti boleh buat. Macam saya, duk umah je sambil online, tgk tv. Cuti kali ni agak berbeza sikit dengan cuti sebelum-belumnya. Sebab cuti kali ni nak belajar something. hehehe. Kalo tak cakap pun, tau dah kan apa dia. huhuhu. Kene la belajar, kalo tak, cam ne nak jadi ehem-ehem. hehehe. Key la, dah tak tau nak cerita ape lagi. huhuhu. Disertakan sekali di bawah ni wajah-wajah ceria kawan-kawanku. :)


ni ms lawatan ke istana kehakiman



lepas habis kelas


Pada 25 April 2011 yang lalu, saya telah menamatkan peperiksaan akhir untuk peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Awam. Insyaallah!! Saya harapkan inilah diploma pertama dan terakhir saya. Bukan apa, kalau boleh, saya nak berkonvo tepat pada masanya. Saya taknak lambat-lambat. Setiap peperiksaan yang saya hadapi memang agak sukar jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Maklumlah, subjeknya juga berbeza. Memandangkan masa yang begitu singkat untuk menjawab 7 peperiksaan dalam masa beberapa hari. Mungkin bagi orang lain ia adalah satu perkara yang biasa. Tapi bagi saya, ia sangat menyukarkan untuk saya mengulangkaji pelajaran. Saya sampai jadi buntu kerana tak tahu nak mula yang mana. Memang otak saya ketika itu kosong sangat sebab memikirkan peperiksaan yang bakal tiba. Tetapi alhamdulillah walaupun kosong saya tidak ke tahap tertekan.

Di bawah ini adalah jadual peperiksaan saya:

PAD380: Current Affairs in South East Asia - 20/4 (9pg)
PAD365: Industrial Relations - 23/4 (9pg)
LAW379: Business Law - 24/4 (9pg)
PAD330: Social Behavior in Organizations - 24/4 (2.15ptg)
PAD390: Development Administration - 25/4 (9pg)
PAD370: Public Financial Administration - 25/4 (2.15ptg)

Berkemungkinan 25 Mei ni keputusan peperiksaan akan diumumkan. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Saya berharap sangat semoga peperiksaan kali ini saya dapat keputusan yang memuaskan. Saya sentiasa panjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Amin. Insyaallah!!!

Ana

My photo
skrg ni blaja di uitm dungun.. alhamdulillah.. dah tamat diploma.. akan sambung ijazah di tempat yang sama pd bln 9 ini..

maSa itu EmaS

Hijriah.? Masihi.?

Followers

Ruang Kenalan

^Bicara Kata^

"Seandainya engkau gembira, sujudlah kepada Yang ESA..
Seandainya merasa gundah, perbanyakkanlah zikrullah..
Seandainya seringkali alpa, panjatkanlah doa penerang jiwa..
Seandainya merasa marah, lafazkanlah astaghfirullah &
Seandainya engkau kecewa, ingatlah mawaddah ALLAH kekal selamanya..."