Story of My Life

"SinaRan yAng CerDIk keIndAhaN aGamA"

Seindah Kata

"Whatever happen to ur day, just relax & manage to make a smile... Life is not a problem to be solved but a gift to be enjoyed... Make everyday ur best day... smile always...."

Alhamdulillah, hari ni genap seminggu diri ini bergelar graduan. 16/11/13.
Alhamdulillah..
I did it.. I finally finished my studies.. I'm graduated..
Permulaan yang rumit tetpi pengakhiran yang indah..

Terima kasih Allah, atas hadiah yang Kau berikan ini..
Terima kasih mak, ayah dan adik-beradik, yang x henti2 mendoakan, memberikan sokongan dan dorongan walau dalam apa jua keadaan sekalipun..
Terima kasih UiTM Dungun, atas peluang pembelajaran yang diberikan..
Terima kasih para pensyarah, yang x jemu2 memberi tunjuk ajar serta sanggup bersusah payah memberikan ilmu tanpa tinggal sedikit pun..
Terima kasih kawan2, sahabat, teman kerana membantu dan berjuang bersama menempuh susah, senang..
Terima kasih Unit Pembangunan JAIS, atas kesudian menerima diri ini sebagai pelajar praktikal serta memberi pendedahan ttg alam pekerjaan yg bakal ditempuh..
Terima kasih laptopku (HP), google, emeraldinsight, pdfsearchengine, spss, nota2, yang sentiasa menemani utk menyiapkan assignment, article summary, report, research, slide presentation..
Terima kasih kpd mereka yg terlibat secara langsung ataupun tidak..
Terima kasih semua..
Jasa kalian akanku kenang..
Tanpa sokongan dan dorongan kalian, x mgkn sy dpt hasil spt ini..
TERIMA KASIH!!!

Tahniah kpd kwn2 yg berjaya.. Kpd yg kurang berjaya, jgn putus asa.. Teruskan usaha, rahmat Allah sgt luas..

p/s: Jgn sesekali jauhkan Allah dlm menjalani kehidupan.. TanpaNya, x mgkn kita akan berjaya.. Kejayaan kita atas kehendakNya.. Jika Dia kehendaki sesuatu itu berlaku, pasti akan berlaku.. Kunfayakun, jadi maka jadilah.. Percayalah.. (Pengajaran yg cukup menyedarkan buat diri ini.. Terima kasih Allah atas peringatan ini..)



Alhamdulillah.. Thank u Allah.. Thank u all..
(^_____^)


Kini, semuanya hanya tinggal kenangan

"Adhwa' Nabilah binti Jamaludin"

Terngiang2 orang memanggil nama..
Seminggu saja lagi sebelum ia menjadi nyata..
Tak sabar rasanya menantikan saat itu..
Detik penuh kegembiraan yang akan dikongsikan bersama keluarga dan kawan2..
Masa untuk menggamit kembali memori2 lama..
Inilah masanya untuk kita bersama membuat kenangan selamanya..

"Once AM228, always AM228"

Alamak!! Baju x tau nk pki yg mane, tudung lg, ble nk tkr kasut ni.. hahaha.. Borg jubah kene print blk.. Props gmbr x tmbh lg.. Aish, byk lg hal nk kene settle..

p/s: Jumpa di sana, sana, sana, sana!!! (wat2 bergema)
one more week left.. can't wait for it..

mood: start countdown
16/11/2013 (^_____^)


Photo: "Adhwa' Nabilah binti Jamaludin"

Terngiang2 orang memanggil nama..
Seminggu saja lagi sebelum ia menjadi nyata..
Tak sabar rasanya menantikan saat itu..
Detik penuh kegembiraan yang akan dikongsikan bersama keluarga dan kawan2..
Masa untuk menggamit kembali memori2 lama.. 
Inilah masanya untuk kita bersama membuat kenangan selamanya..

"Once AM228, always AM228"

Alamak!! Baju x tau nk pki yg mane, tudung lg, ble nk tkr kasut ni.. hahaha.. Borg jubah kene print blk.. Props gmbr x tmbh lg.. Aish, byk lg hal nk kene settle..

p/s: Jumpa di sana, sana, sana, sana!!! (wat2 bergema)
one more week left.. can't wait for it.. 

mood: start countdown 
16/11/2013 (^_____^)



"Family Day Basic"
4/5/2012, Jumaat
9.00 pg - 12.30 tgh

First time family day untuk peringkat ijazah. Seronok sangat masa ni sebab masing-masing menjalankan tugas dengan baik dan memberikan kerjasama yang begitu bagus. Walaupun mula lambat disebabkan peserta datang lambat, tetapi perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar sekali.

Kami dipecahkan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada Part 3, 4 dan 5. Kami diberikan warna kumpulan masing-masing. Ada kumpulan merah, kuning, hijau, coklat, hitam dan biru. Setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 14 orang sahaja. Tetapi pada hari tersebut, tak ramai yang datang dari Part 3 kerana alasan mereka tersendiri.

Mula-mula, kami disajikan dengan game makan. Setiap kumpulan menghantar 5 orang wakil. Ada 5 level. Level pertama makan biskut tawar dengan kicap. Ke2, minum air teh o dengan garam yang berlebihan. Ke3, minum ape ntah. X ingat. Ke4, makan tomato dan timun dengan sos barbeku. Ke5, makan telur mentah. Ada game explorace, mumia (balut badan dengan tisu, jangan sampai putus), pas belon berisi air, tarik tali, make up.

Setakat tu dulu cite saya kali ni. (x tau nk cite ape, sbb mata dah ngantuk). Gmbr di atas adalah gambar kelas sy iaitu AM2284A :)

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajar sesuatu kepada anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur manakala di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur dan di tangan kana nada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebut ‘Kapur’, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katakan ‘Pemadam’.” Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian, guru kembali berkata, “Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebut ‘Pemadam’. Jika saya angkat kayu pemadam, maka katakan ‘Kapur’.” Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi batil dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat megikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah dan hokum Islam dari masa ke masa. “Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan ‘trend’, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistic kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” Tanya guru kepada anak muridnya. “Baik untuk permainan kedua…” Gurunya meneruskan…

“Cikgu ada Quran, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada di tengah tanpa memijak karpet?” Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet dan dia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. “Murid-murid, begitulah umat Islam dengan musuhnya. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah jika dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu sate persatu, baru rumah dihancurkan. Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terang, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.” “Kenapa mereka tidak berani terang0terang memijak-mijak kita cikgu?” Tanya murid-murid. “Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Badar dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, dan akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, mereka akan gerun.” Inilah penyebab runtuhnya akidah Islam dan tumbangnya satu persatu anak bangsa.

p/s: Fikir-fikirlah bersama. Moga Allah sentiasa melindungi kita dari melakukan kejahatan. InsyaAllah (^_^)

Diari Muslimin 2012
KHAS BUAT MUSLIM SEJATI


Pada 10 September 2011 menjadi detik-detik yang amat berharga untuk diriku apabila dihantar semula ke universiti terkemuka di Malaysia ini. Hanya kerana dapat menyambung kembali pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Siapa sangka dengan berbekalkan CGPA yang tidak sampai 3 pointer bole membenarkanku menyambung. Alhamdulillah ku bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. Inilah yang dinamakan rezekiku. Mungkin kerana tidak ramai yang sambung, sebab itu saya dapat sambung. Alhamdulillah.

Wah, dah lama betul tak menaip di blog ni. Nasib baik tak bersawang lagi. Bole la terus menaip. Erm. Nak cita apa ye untuk entri kali ni. Sebenarnya dah kehabisan idea. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang pandai bermadah, apatah lagi untuk bercerita. Sedar tak sedar kita dah di bulan ramadhan kan. Sapa sangka masa berputar begitu cepat sehingga tak dapat merasai apa-apa. Hari ni nak masuk sebelas hari kita berpuasa. Tak lama lagi raya. Kemudian, tak lama lepas raya bermulalah agenda saya sebagai seorang pelajar kembali. Pelbagai perasaan bermain di hati ini. Gembira, sedih, takut, cemas dan sebagainya. Maklumlah, dah empat bulan bercuti, otak pun mula la beku. Harapnya, pengajian kali ini dapat buat dengan lebih baik. Okey la, tu je cerita untuk kali ini. Jumpa lagi akan datang :)

Dah hampir 4 bulan, usia anak buah pertamaku. Namanya Adnin Najwa binti Ridwan. Anak pertam kepada kakak sulungku. Tak sangka lak macam ni rupanya anak buah selepas 3 minggu tak tengok. Makin comel la dia ni. Rasa nak gigit je pipi tu. Ish. Tembam sangat. Geram tengok. Sekarang ni dah pandai berbunyi. Bising lak tu. Aduih. Memang comel betul. Ape dah ni. Tak tau nak kata apa melainkan comel belaka. Hahaha. Di bawah ni disertakan gambarnya. (^_^)


"Teman ketawa di mana-mana
Sahabat berduka sukar dicari"

Kata-kata di atas sering kita dengarkan. Kebiasannya ketika kita di waktu kesenangan memang ramai yang berada di sekeliling kita untuk merasai kesenangan itu. Akan tetapi apabila kita di waktu kesusahan kita diabaikan, terbiar dengan kesusahan kita. Mereka membiarkan saja kita tanpa rasa belas kasihan. Seorang teman yang sejati tidak akan sesekali meninggalkan kita dikala susah atau pun senang. Dia akan berusaha membantu walau dengan apa cara sekalipun. Dia tidak sanggup untuk melihat kita dalam kesusahan. Itulah sahabat sejati dan setia menanti kita walau dalam apa keadaan sekalipun. Mereka inilah yang sentiasa ada di kala susah dan senang selain ibubapaku. Kerana mereka sentiasa berada di sampingku ketika diploma. Harap hubungan kita berkekalan selamanya. Terima kasih kalian kuucapkan.. (^_^)
Sebenarnya tak tau nak taip apa dah. Tu yang main hantam je. huhuhu. Sekian.



dari kiri: tasha, adhwa' (sy), eyra, ain, sanah dan dhania..

Setelah beberapa hari blogger ini under maintenace, akhirnya pada hari ini dapat juga ku coretkan cerita-cerita kehidupan.. Alhamdulillah.. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi saya badan yang sihat, otak yang cergas dan pelbagai kenikmatan lagi. Minggu ni adalah minggu kedua cuti bagi saya dan kawan-kawan yang lain. Rasa rindu lak dengan mereka. Masing-masing sibuk dengan hal-hal mereka. Maklumlah cuti kali ni agak panjang dengan cuti sebelumnya. Cuti 4 bulan. Tak pernah kami dapat cuti macam ni. Ada yang cari kerja, ada yang duduk-duduk je. Macam-macam aktiviti boleh buat. Macam saya, duk umah je sambil online, tgk tv. Cuti kali ni agak berbeza sikit dengan cuti sebelum-belumnya. Sebab cuti kali ni nak belajar something. hehehe. Kalo tak cakap pun, tau dah kan apa dia. huhuhu. Kene la belajar, kalo tak, cam ne nak jadi ehem-ehem. hehehe. Key la, dah tak tau nak cerita ape lagi. huhuhu. Disertakan sekali di bawah ni wajah-wajah ceria kawan-kawanku. :)


ni ms lawatan ke istana kehakiman



lepas habis kelas


Pada 25 April 2011 yang lalu, saya telah menamatkan peperiksaan akhir untuk peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Awam. Insyaallah!! Saya harapkan inilah diploma pertama dan terakhir saya. Bukan apa, kalau boleh, saya nak berkonvo tepat pada masanya. Saya taknak lambat-lambat. Setiap peperiksaan yang saya hadapi memang agak sukar jika dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Maklumlah, subjeknya juga berbeza. Memandangkan masa yang begitu singkat untuk menjawab 7 peperiksaan dalam masa beberapa hari. Mungkin bagi orang lain ia adalah satu perkara yang biasa. Tapi bagi saya, ia sangat menyukarkan untuk saya mengulangkaji pelajaran. Saya sampai jadi buntu kerana tak tahu nak mula yang mana. Memang otak saya ketika itu kosong sangat sebab memikirkan peperiksaan yang bakal tiba. Tetapi alhamdulillah walaupun kosong saya tidak ke tahap tertekan.

Di bawah ini adalah jadual peperiksaan saya:

PAD380: Current Affairs in South East Asia - 20/4 (9pg)
PAD365: Industrial Relations - 23/4 (9pg)
LAW379: Business Law - 24/4 (9pg)
PAD330: Social Behavior in Organizations - 24/4 (2.15ptg)
PAD390: Development Administration - 25/4 (9pg)
PAD370: Public Financial Administration - 25/4 (2.15ptg)

Berkemungkinan 25 Mei ni keputusan peperiksaan akan diumumkan. Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Saya berharap sangat semoga peperiksaan kali ini saya dapat keputusan yang memuaskan. Saya sentiasa panjatkan doa kepada Yang Maha Esa. Amin. Insyaallah!!!

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..

Wah.. Cuti juga akhirnya.. Memang dinanti2 kn cuti ini.. Sebab ni je satu2 nye cuti yg ade.. Lps ni mane ade cuti dh. Kalo ade pun cuti hujung sem nnt la. Uish, lame sgt nk tggu tuh. Nasib baik ade cuti ni. Kalo x, x balik umah la weh. Cuti kali ni berkemungkinan x gi mana2 kot. Sebabnya nenek belah ayah ada kat umah. Jadi, kene jaga nenek la jawabnya. Huhuhu. Nak wat camne, nenek yang nak tinggal ngan ayah, kene la layan elok2 kn. Nenek ni memang susah nak gi umah orang. Bile die dah kate nak ikut, jadi baik bawa je. Jgn byk cakap. Lagipun, ayah ade keje. X jd masalah la nenek ade kat umah pun. Lagi satu, saya ni banyak keje kene wat masa cuti ni sebenarnya. Maklumlah, student kan. Memang tak lepas dari assignment la kan. Lagi2 sem ni adalah sem terakhirku. Amin, insyaallah. Harap2 nye begitu. Lagi la banyak keje. Dgn research nye, dgn assignment lagi tmbah lak dgn presentation. Memang banyak btl keje. Takpe la, nak jadi pelajar cemerlang kan kene la berkorban. So, cuti ni dah ada plan. Apalagi wat keje la. Jd, nak wat keje dah ni. Sampai sini dululah ye. Jumpe lagi bile ku ade masa yang terluang. J

Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia

When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray

Assalamualaikum.. Wah, x percaya lak rsnye!!! Hari ni dah masuk thn baru la.. Cepat nye la masa berlalu.. Berakhir la sudah tahun 2010.. Selamat datang 2011.. harap2 dpt wat yg terbaik utk semester last diploma ni.. Amin.. Insyaallah..

Semalam (18/12/2010) adalah hari yang tak disangka-sangkakan oleh saya dan dua lagi kakak.. Seawal 5.30pagi mak kejut saya dan kakak untuk bgn dr tido.. Memang susah nak bgn sbb ngantuk.. Maklumlah, awal pg kn.. Sape tak ngantuk.. Dah bgn 2, kene terus mandi lak tu.. Uish.. Memang sejuk sgt2.. Dah mandi, siap2 semua, solat pulak.. Dalam pukul 6pg lebih, kami pun bertolak ke Shah Alam.. Destinasi kami..

Pukul 8.32pg, kami tiba di Intekma Resort, Shah Alam.. Singgah sebentar untuk menghantar emak dan jiran untuk aktiviti mereka.. Mereka menghadiri kursus membuat bun yang dianjurkan oleh Anis dan dikendalikan oleh Chef Faizal Ng.. Mak kate, chef ni ada bakeri bun kat Ipoh..

Dah tinggalkan mak untuk sementara, kami meneruskan perjalanan kami.. Kami bersarapan di restoran D'hati di antara Shah Alam dan Klang.. Kira2 pukul 9.30pg, kami pun dah selesai bersarapan dan sambung kembali perjalanan.. Kali ini kami ke Jusco Bukit Tinggi, Klang.. Kami tunggu selama 30 minit sebelum tirai Jusco dibuka padda 10pg.. Bile tirai dibuka, kami dengan lajunya menuju masuk ke dalam.. Suasana agak sunyi pada ketika itu.. Yelah, masih awal lagi.. Orang tak ramai lagikan.. 2 yang sunyi..

Dah masuk tu, apa lagi, kami terus serbu ke arah wayang.. hehehe.. Beli tiket utk tgk cite.. Kami beli tiket cite Tron Legacy pukul 11pg dan kemudian pukul 1.45ptg, cite The chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader.. Sape sangka kami tgk dua cite dalam 1 hari.. Memang biasa bg org lain, tapi bagi kami ianya satu kejutan.. Memang best sgt kedua2 cite.. memang berbaloi la.. Tak rugi tengok.. Sape2 yg suke kn cite mcm ni, bole la tgk.. Abes kedua2 cite pukul 3.30ptg, kami pun pergi ke tempat mak tadi.. Menunggu mak sampai 6ptg, waktu abes.. Dah abes 2, gi mkn mlm.. Then, balik rumah terus.. Dalam kereta, bantai tido sampai la rumah.. :)



Kali ni, di amek dr blog sesorg dan telah diubai suai.. Harap maaf ye tuan pny blog.. Sekadar renungan bersama.. Terima kasih atas post yg diberikan..


Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tersiarlah keputusan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar-pelajar UiTM seluruh cawangan di laman web rasminya, www.uitm.edu.my pada 10 Disember 2010 yang lepas..[hoho..ayat skema (=_=")]

Alfu mabruk buat mereka yang lulus dan berjaya mencapai kecemerlangan~
Alfu salamah buat mereka yang kurang berjaya [seperti diri ini..huk3]

Bak kata orang Ganu, dakpe2..

Kegagalan yang Allah takdirkan buat diri kita bukan bermaksud Dia tidak menyayangi kita, tapi sebenarnya Allah sangat sayangkan kita dan mendatangkan ujian sebegitu rupa. Sebab? Sebabnya Allah nak kita jadi lebih baik (^_^)v

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Seseorang yang dikehendaki Allah menjadi baik pasti akan diuji terlebih dahulu" (HR Al Bukhari)

"Jika Allah mengkehendaki sesuatu kebaikan pada hambaNya, maka Dia akan menyegerakan cubaan di alam dunia ini" (HR Al Tirmidzi)

Baikkan Allah?

Firman Allah SWT,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah : 286)

Setiap apa yang Allah jadikan pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah : 216)

Ujian yang hadir sebenarnya peringatan dan peluang dari Allah buat hambaNya supaya terus berusaha meningkatkan keimanan kepada Dia Yang Maha Esa.
Allah ingin melihat kita berusaha lebih gigih, berdoa dengan seikhlasnya dan meletakkan tawakal setinggi-tingginya..
Usah putus asa kerana putus asa itu bukan sifat seorang muslim! Seorang muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.

Allah SWT telah menjelaskan hal ini melalui kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya,

"Wahai anak-anakku! Pergilah kamu mencari (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." (QS Yusuf : 87)

Usaha belum cukup. Jadi? Teruskan berusaha! Jangan putus asa!


"Bila Allah cepat makbulkan doamu,
maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat makbulkan doamu,
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak memakbulkan doamu,
Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu,
sentiasalah bersangka baik dengan Allah
dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah
mendahului kemurkaan Nya.."

Assalamualaikum.. Kali ni membincangkan tentang "Result Exam".. Ada yang gembira, seronok, sedang ketawa, bersiar2 dan ada juga yang murung, sedih dan kecewa.. Maklumlah, sekarang ini adalah musim result exam diumumkan.. Pada yang berjaya, diucapkan tahniah.. Pada yg kurang berjaya, jgnlah putus asa, bersedih.. Diharapkan agar dapat tabahkan hati, bersabar dan teruskan perjuangan.. Janganlah kerana result yg teruk, kita mengalah.. Ingatlah, perjuangan kite masih belum selesai.. Kirenya kite fikir kitelah yg teruk, ingatlah bahawa ada yang lebih teruk dari kite.. Bersyukurlah dengan apa yang kite dapat.. Sekurang-kurangnya, kite masih dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.. Ada yang lagi teruk, smpi kene buang.. Alhamdulillah..


Saya bertanya pada diri saya yang sedang menangis, "Napa nangis? sbb result teruk?".. Lalu, saya berfikir sendirian, "Tak yah la nangis.. itukan usaha yg kau buat.. jangan menangisi bnd yg dh lps.. yg dah berlalu biarkan saja.. masih ade harapan untuk hari akan datang.. ingatlah, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya (walaupun dah 3 kali fail sblm ni).. lgpn, mmg kau main2 kan ms study.. so, x yah la sedih.. result kau 2 setimpal dgn usaha kau.. bkn ko usaha btl2.. so, happy je.. lgpn, sem dpn msh ade utk tebus kegagalan ini.."
Memang saya rasa, sem 5 ni adalah semester yang paling teruk resultnye dalam hidupku sebagai seorang pelajar diploma.. Saya dapat GPA 1.75 dan gagal 2 paper.. CGPA dapat 2.45.. Takpelah.. Usaha dgn lebih baik utk sem last ni..

Walaupun saya okey, tetapi ada kawan2 saya yg tak okey.. Saya tny dorg cm ne result.. Semuanya result okey dari saya.. Tapi, adalah 2 or 3 org yang mmg kecewa sgt.. Menangis saja.. Padahal result dorg bertiga ni lagi okey dari saya.. Nak tak nak, saya kene kuatkan semangat dorg balik.. Saya tak nak dorg putus asa.. Saya tak nak dorg patah semangat.. Jadi, saya kuatkan semangat dorg dan berikan kata2 perangsang.. Mungkin ini kali pertam dorg terukkan, tu yg dorg down sgt.. Tapi, takpe la, saya pun cmtu gak dulu.. Nak wat camne, itu usaha korg.. Maknanya usaha korg x cukup bagus lagi la tu.. Bukan tak ada sem lagi.. So, kene la kuatkan diri..

Rasanye macam dah berbelit je apa yang dah saya taip ni.. huhuhu.. Arap paham.. Rasanya itu je la kot.. Tak tau nak taip ape lagi.. Arap maafkan.. Saya bukan penulis yang baik..

Wah, dh masuk bln 12 rupenye.. Macam x percaya je dah nak abes thn 2010.. Dalam bulan 12 ni, ade banyak aktiviti mak dan ayah kene buat.. Ari ni, 4hb, mak ngan ayah gi kenduri kat Shah Alam.. Ktorg x ikut sbb malas.. huhuhu.. 7hb ni nak anta adik lelaki ke KIPSAS, Kuantan.. Pas2, 10hb lak, result keluar.. Yang ni, bkn mak ayah pny la.. Arap2 nye okey je la kn.. 12hb lak, nak anta adik lelaki bongsu lak ke Sek Men Hafiz, Klang.. Then, 18hb mak ade kursus memasak kat Shah Alam.. @5hb, ade kenduri kawen anak cikgu mak kt Perak.. 1hb lak nak kene anta saya pulak.. Aduyai.. Penat nye la jadi dorg kn.. Tapi, nak wat cmne kn.. Dah memang tugas dorg.. Kite sbg anak kene la ikut dorg.. Taat dan ikut ckp dorg.. Amin.. Insyaallah, jd anak soleh dan solehah.. Memang itu yang dinanti2 kan dalam diri ini.. Kesedaran dah ada, cume berubahnye belum lagi.. Insyaallah..

Pertamanya, slm aidiladha walaupun dan lepas.. hehehe.. Wah.. Lame rasenye x menaip di blog ni.. Maklumlah, diri ini agak sbuk dgn final tempoh hari.. Ttg final, bole tahan la soalan2 nye.. Agak mencabar juga.. Mudah-mudahan berjaya.. Amin.. Insyaallah.. Bkn itu tujuan utama nya.. Sebenarnya nk menaip ttg cuti br2 ni.. Pd ari jumaat bersamaan 19/11/2010, mak dan ayah telah membawa kami adik-beradik berjalan-jalan dan bercuti.. Walaupun ke Klang shj, ttp percutian kali ni amat berbaloi dan menyeronokkan.. Pagi raya haji baru2 ni, dapat sedikit cenderahati dari mak.. Sape sangka mak nak bagi.. Bukan senang nak dapat.. hehehe.. Alhamdulillah.. Kate mak, ada rezeki lebih, tu yang bagi kat anak2..

Pagi Jumaat dalam pukul 10, kami bertolak ke Selangor.. Tapi ayah kene tukar tayar dulu.. Jadi, pergi bengkel dulu.. Dalam kul 12, baru la bertolak betul2 ke Selangor.. Ayah singgah kt Surau Lentang utk menunaikan solat Jumaat bersama 2 anak lelakinya.. Pukul 1.30ptg, dah abes.. Jadi, kami teruskan lagi perjalanan.. Makan tengahari di McD kt Genting Sempah.. Tak disangka, ayah nak belanja kat situ.. Sementara tu, ada traffic jam dekat2 ngan terowong tu.. Seronok makan McD.. hehehe.. (mcm x prnh mkn je.. pdhl, byk dh).. Pada sebelah malam lak, mak belanja makan.. Memang makan besar la kami sekeluarga malam tu.. Makan kat Tanjung Harapan.. Nama tempat tu Muara Ikan Bakar.. Memang sedap giler la.. Dapat ratah lauk.. Walaupun lauk tu dh biasa makan hari2.. Ade sotong dan udang goreng tepung, sayur kangkung masak belacan, ketam masak sup kot, ikan siakap masak sweet sour.. Memang kenyang sangat2.. Pas mkn, balik hotel..

Pagi Sabtu pukul 9, saya, kakak dan 2 adik laki mandi kolam.. Sementara mak dan ayah pergi beli tiket wayang untuk tengok.. 2 lagi kakak sedang online dlm bilik je.. Mandi kolam sampai naik kecut kulit.. Seronok sangat.. Agak2 pukul 11.3o, ayah dan mak suh kami adik-beradik siap2 untuk makan tengahari.. Mak kata, wayang pukul 2.20ptg.. Cite "Harry porter and the Death Hallows: Part 1".. Wow.. Masa tu memang dah x sabar nk tgk.. Kami makan tgh di Pizza Hut kt Jusco Klang.. Kami amek apa yang kami nak makan.. Uish.. Memang sedap la.. Biase la, org belanja, sume sedap kn.. hehehe.. Abes mkn, kami solat.. Dah abes solat, terus masuk panggung.. Cite yang seronok.. Tapi permulaannya cite, agak membosankan sikit.. Tapi last2 cite, best la.. X sabar nk tggu part 2 pny.. Abes cite, gi btlkan spek kt Seksyen 18, Shah Alam.. Malam lak gi Kajang, mkn mlm kt sane sbb nk anta kakak sulung blk umah die..

Hari ahad lak, x de apa2 aktiviti sgt.. Ktorg duk dlm bilik smpi kul 11.3o br check-out.. Pas2, kami gi Tesco Shah Alam.. Shopping sekadar yang termampu.. Abes 2, anat kakak ketiga lak kt umah sewa die.. Die nk mule kuliah dh.. Kt Unisel.. Then, jumpe kwn lame mak kt bangunan Rafflesia.. Cantik tmpt 2.. Lagi2, replika bangunan dan rumah yang ada.. Comel.. Lpa dr 2, kami pun blk ke rumah.. Sampai umah pukul 6.30ptg.. Alhamdulillah.. The end.. :)

Di ambil dr facebook Nor Abu.. X knl pun sape.. Skdr perkongsian..

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Ana

My photo
skrg ni blaja di uitm dungun.. alhamdulillah.. dah tamat diploma.. akan sambung ijazah di tempat yang sama pd bln 9 ini..

maSa itu EmaS

Hijriah.? Masihi.?

Followers

Ruang Kenalan

^Bicara Kata^

"Seandainya engkau gembira, sujudlah kepada Yang ESA..
Seandainya merasa gundah, perbanyakkanlah zikrullah..
Seandainya seringkali alpa, panjatkanlah doa penerang jiwa..
Seandainya merasa marah, lafazkanlah astaghfirullah &
Seandainya engkau kecewa, ingatlah mawaddah ALLAH kekal selamanya..."